Halaman

16 November, 2011

PESANAN UNTUK KENGKAWAN

Salam ukhwah kepada kawan-kawan yang pernah mengunjungi reban bakabaek dan telah juga memiliki baka-baka dari reban bakabaek, diharap memberi maklumbalas terhadap prestasi ayam-ayam setakat ari ini. Saya juga ingin tau samada anda semua berpuashati atau tidak. Maklumbalas kawan-kawan membolehkan saya sentiasa upgrade baka-baka di reban saya. Anda semua boleh beri komen dalam blog atau direct sms ke 0199197679. Wassalam dan jumpa lagi

STOK 2012

Anak Ara Sitam baru berusia 5 bulan, belum dapat tengok lagi prestasi dia. Mungkin awal tahun kita semua akan dpt tahu potensi. Akan diupdate setiap 2 minggu

Ara kuning ini tidaklah secantik bapak dia, tapi tengok kepada kakinya. Pukulannya akan hampir sama dengan bapaknya..pukul karen

Sayang ni....

Ni stok 2012, anak kepada bapak Jalak Pama 6x dengan ibu kuning gelang kaki. Inilah satu-satunya waris ibu kuning gelang kaki yang sukar dibakakan

Lebih kurang 7ekor anak muda kepada Jalak Pama 6x..mereka semua ini merupakan pelapis di reban Bakabaek. ahlamdulilah nampaknya menjadi tahun ini.

Anak kepada ibu batang kaki bawat cincin dan bapak Jalak Pama


Gambar Bawah: Kelabu ini anak kepada ibu kuning dan Jalak Pama. Berkemungkinan besar geng-geng ini akan menguasai reban bakabaek bagi tahun 2012

Gambar Bawah: Sebahagian penghubi terkini reban bakabaek. Anda semua dijemput untuk melawat atau singgah jika terlanjur sampai ke kuantan


Bapak Ara  pukul body ini barusekali menang di Tok Bali Pasir Putih bulan 4 lepas, tetapi paruh patah sebab itu sekarang ni tengah berehat. Kemunngkinan besar akan masuk ke arena semula pada awal tahun2012

Ini dia geng2 yang bakal menggegarkan reban bakabaek. Kita tunggu perkembangan  pada tahun 2012

Nisam Hangus ini pelapis kepada Bapak Manisan Hangus yang menang kat Tanjung Lumpur 2 tahun lepas. 2 ekor sudah di ambil oleh kawan dr segamat dan dr selancar pahang. Puas hati katanya dengan pukulan karen, keras dan padat

Ibu kandang yang paling berharga ini yang bakal melahirkan generasi batang kaki karen bagi tahun 2012. Tidak dijual.

Ibu Sitam ini antara ibu kandang yang disimpan untuk dibuat baka 2012

 Anank Bapaksisik burok kaki berbulu yang masih ada. Baka sedang dibuat sekarang ni..
kepada Abg Nal..saya masih ada baka sisik burok






15 November, 2011

ARA SITAM 6X CHAMP




Inilah Ara Sitam yang sudah champ 6 x. sekarang sedang dipersiapkan untuk hujung minggu ini. Dengan pukulan patah karen, lock, sepakan deras dan padu. Paling lama menang dalam air ke 3.

   

14 November, 2011

video ayam reban bakabaek

Anakpanak muda hasil bakaan bapak jalak pama 6x dengan 3 ibu kandang. ini semua stok untuk tahun 2012, manakala bapak merah ketip body ini baru dibiakkan bulan ini dengan 2 ekor ibu kandang. sama-sama saksikan klip video ini.

13 November, 2011

KOLEKSI TERKINI DARI REBAN BAKA BAEK

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan yang melayari laman blog bakabaek. Mohon maaf kerana hampir 2 bulan blog ini tidak di update. Ramai kawan-kawan telah menghubungi saya kenapa blog bakabaek tiada info-info terbaru, terima kasih kerana perihatin. Walaubagaimanapun ari ini blog bakabaek akan terbit semula dengan maklumat terkini penghuni-penghuni baru yang akan mewarnai arena ayam baka batang kaki untuk tahun 2012. Blog ini dimatikan sementara hampir 2 bulan untuk menunggu anak-anak baru yang telah dibakakan. Malah suku daripadanya telah dibeli oleh kawan-kawan Kempas, Mersing, Rembau, Bera, Kuala Lumpur, Segamat, Selancar serta sekitar Kemaman dan Kuantan.


 Reban baka baek sekarang ini dihuni oleh anak-anak dari baka bapak Pama Jalak yang menang 6x dan anak kepada bapak nisam hangus. Untuk tahun 2012, reban bakabaek akan diupgrade dengan baka terbaru iaitu Ara Sitam yang dan menang 6X tahun ini dan adiknya merah sitam yang baru menang 2 x. sama kita tengok gambar-gambar dan klip video terkini dari reban bakabaek.