Halaman

13 November, 2011

KOLEKSI TERKINI DARI REBAN BAKA BAEK

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan yang melayari laman blog bakabaek. Mohon maaf kerana hampir 2 bulan blog ini tidak di update. Ramai kawan-kawan telah menghubungi saya kenapa blog bakabaek tiada info-info terbaru, terima kasih kerana perihatin. Walaubagaimanapun ari ini blog bakabaek akan terbit semula dengan maklumat terkini penghuni-penghuni baru yang akan mewarnai arena ayam baka batang kaki untuk tahun 2012. Blog ini dimatikan sementara hampir 2 bulan untuk menunggu anak-anak baru yang telah dibakakan. Malah suku daripadanya telah dibeli oleh kawan-kawan Kempas, Mersing, Rembau, Bera, Kuala Lumpur, Segamat, Selancar serta sekitar Kemaman dan Kuantan.


 Reban baka baek sekarang ini dihuni oleh anak-anak dari baka bapak Pama Jalak yang menang 6x dan anak kepada bapak nisam hangus. Untuk tahun 2012, reban bakabaek akan diupgrade dengan baka terbaru iaitu Ara Sitam yang dan menang 6X tahun ini dan adiknya merah sitam yang baru menang 2 x. sama kita tengok gambar-gambar dan klip video terkini dari reban bakabaek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan