Halaman

28 Mei, 2012

HASIL 2012

Ara Merah anak dari Bapak jalak Pama dengan Ibu Kuning. Telah di adu sebanyak 2 kali dan prestasi setara dengan permainan bapaknya 6x.  Walaubagaimanapun Ara Merah ni masih belum bersedia utk ke bong sbb semua orang sibuk bekerja sekarang ni. Umor 1 tahun dengan pukulan padu depan, serong patah dan pukul body dan moleknya lock ke atas lawan.
Ini dia hasil pembakaan Bapak Sisik Burok dengan ibu Kuning Pondan dan Ibu Sitam Pama Ganoi. Baka sisik burok dibuat semula disebabkan prestasi batch yang lepas memuaskan hati. Batch baru ni berumor 5 bulan. Inilah pelapis untuk 2012. Takdelah bagus sangat mcm ayam yang berharga ribu2, tapi kira2nya puashati bila anak buat sendiri, kita main sendiri.

Gambaran dekat geng2 anak sisik burok berumor 5 bulan. Semuanya ada dalam 10 jantan dan 8 betina yang sedang meningkat naik roma , bulu dan prestasinya.

Hasil pertama anak Ara Kuning ( Sitam Kuning) yang telah dibakakan dengan 2 ibu kandang. Dua kali pembakaan, reban bakabaek dapat penghuni baru ini dalam 12 jantan dan 10 betina dalam umor 3 bulan. Belum dapat ditafsirkan prestasi tetapi menyerupai 80% bapak Ara Kuning)

Antara anak jantan hasil pembakaan 2 ibu kandang dengan bapak ara kuning. Kawan2 boleh datang ke reban untuk melihat dan melawat

Ini Kuning Ecer anak Sisik Burok dengan ibu sitam pama ganoi. Prestasi 2 kali adu memang diluar jangkaan. Dua lawan berasingan punak selepas adu dalam masa 30 minit. Dengan pukulan berat dan padu, serong patah serta lock baik. ini kiranya anak sulong baka sisik burok dalam simpanan untuk ke bong.

antara anak2 bapak sisik burok yang menghuni reban sekarang ini.

Ini pula Ara Ecer, adik kepada Kuning Ecer yang disimpan. Bapak Muda ini masih belum diadu sbb bulu sedang tumboh lagipun ianya baru 7 bulan. Belum dapat ditafsirkan prestasi samada sama hebat dengan abangnya si Kuning Ecer atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, ia tetap antara baka yang disimpan.
Gaya dan pandangan depan geng2 muda 5 bulan anak bakaan sisik burok
Saya suka Ecer ni sebab muka dan matanya yang redup. Ikut belah Ibu Sitam Pama Ganoi. Baka sisik burok kalau keluar jer ecer, maksudnya boleh simpan atau di bawak ke bong. Titih ini merupakan kebangaan tuan bapak asal dulu dari Terengganu.


3 ulasan:

  1. kepada kengkawan yang melayari blog bakabaek, sekarang saya memaparkan perkembangan penghuni yang sedang membesar. kalau ada masa datanglah melawat reban samada ingin melihat atau mendapatkan baka2 batang kaki terbaru yang telah dimodified .

    BalasPadam
  2. comel echer tu boh anak ibu sitam tu yerr?

    BalasPadam