Halaman

18 Februari, 2013

FOKUS 2013: BAKA HARIMAU MALAYA DAN KETING BELALANG

Salam kepada semua kengkawan, terima kasih kepada yg telah melayari blog bakabaek sehingga kini. Oleh minat yang sangat mendalam, saya telah mengupgrade pembaka dan ibukandang pada tahun ni supaya dapat menghasilkan anak-anak dari pembaka Harimau Malaya 5x dan Keting Belalang. saya telah melabur hampir RM10k untuk induk betina dari baka pakoy, magon, pama segon dan tak lupa jugak induk local iaitu ibu kurik rintik.

saya ingin cuba menghasilkan anak-anak yang boleh bersaing, walaupun diluar sana saya tau cara permainan, pukulan dan buah pemusnah semakin pelik dan hebat. Kadang2 tak boleh berfikir bagaimana mereka hasilkan benih yg hebat seperti itu. rasa nak semeleh semua ayam kat reban.

insyaallah, jika di izin olehNYA, saya pun ingin melihat pelaburan yg telah dibuat utk tahun ini. sehingga jumpa lagi dilain catatan.

1 ulasan: